“Trust yourself. Create the kind of self that you will be happy to live with all your life. Make the most of yourself by fanning the tiny, inner sparks of possibility into flames of achievement. ”
Tuesday, August 2, 2011
Oredy pass!!!
Yeaah... hati gembira kerana satu kertas peperiksaan sudah lepas. Hanya ada satu sahaja lagi dan akan berakhir pada Sabtu ini. Segala beban sekurang-kurangnya menjadi lebih ringan dan tidak terlalu banyak berfikir. Dan pada 7hb August bermula sudah cuti semester saya dan akan berakhir pada 19hb September. Fuhh!!! lama juga pula kan. Saya pun tidak tahu apalah yang akan saya lakukan sepanjang berada di Kampung. Tapi apa yang penting, hati gembira sebab dekat dengan yang tersayang. Dan setiap program yang kami rancang selalu sama-sama sahaja. Hehhee... ^_^ Apa-apa pun cabaran masih ada lagi dan perjalanan masih jauh lagi untuk mencapai matlamat iaitu : berjaya dalam hidup dan juga ingin menjadi seorang guru yang berjaya. Mudah-mudahan semua impian ini dapat dicapai.
Monday, August 1, 2011
dissapointed!!!
Saya sangat kecewa dengan beberapa perkara yang sangat penting dalam hidup saya. Rasa sakit hati pun ada juga. Bayangkanlah kalau sesuatu yang kita harap itu tidak dapat, mestilah perasaan itu sakit kan. Begitulah yang saya hadapi. Bukan apa lah tapi ini antara rancangan masa depan yang sangat penting dan telah kami rancang pada 2 bulan yang lepas dan sangat mengharap ini akan dapat berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Tapi asal bila sudah hampir harinya mesti ada sahaja halangan. Saya tahu ITU sangat PENTING sehinggakan benda ini telah ditunda. Saya BENCI MENGHARAP jika itu tidak menjadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)
