REGISTER NOW!!

Thursday, December 15, 2011

Get well soon

Huhu....beberapa hari ini asal sahaja petang menjelma mesti hujan. Hujan yang kuat dan pastinya membawa penyakit. Gara-gara hujanlah saya demam dan mengampai selama 2 hari di rumah. Mahu study pun susah sebab otak tidak dapat bergerak apalagi mahu menelaah. Nasib baik rakan baik saya c Momoy baik hati. Dia telah menjaga makan dan juga minum saya serta caring sangat dengan saya. Dia sanggup masak untuk saya serta dia ada belikan saya minuman cap 3 kaki gajah yang bertujuan untuk kurangkan panas dalam badan. Saya berharap sakit saya tidak datang balik. Kalau ya, matailah...palisss..palisss!!... cukup2la saya mengampai 2 hari. Saya inda mahu lagi sakit.... 

Tuesday, October 18, 2011

Aiyaa!

malam ini sungguh bikin panas... apa tidak panas...orang yang tinggal di tingkat atas tu mengada-ada... jalan macam gajah..sengaja hentak-hentak tu lantai supaya kami panas... ishh!!! sabar ja la menghadapi manusia macam ini ni... mau saja sy tampar kalau dapat... Sudah ditegur, makin pula menjadi-jadi. Adalah yang berjalan tiada kepala ni nanti. 

Wednesday, October 12, 2011

semester 7

wahh!!! saya inda percaya yang saya masuk semester ke-7 menuntut ilmu di UNIRAZAK... rasa macam sekejap sahaja masa berlalu... Tetapi semester kali ini saya rasa sangat-sangat mencabar ni.. sebab semua subjek yang saya ambil adalah subjek major. Untuk pengetahuan semua, saya ambil major in counseling. Terus terang saya cakap bahawa major ini sangat-sangat busy.. tidak ada masa untuk rehat. fuhh!! tapi walau apa pun yang terjadi, study tetap study kan.. hehe... tinggal 3 semester lagi kenen sy study sini... semester 9 saya praktikal uda.. hehe...

Tuesday, September 13, 2011

lamanyaaa

Lama tidak update blog..sepanjang saya cuti banyak masa terluang dengan keluarga dan juga yang tersayang. Saya sangat bersyukur kerana sehingga hari ini saya masih bernafas.. semoga kita sentiasa diberkati selalu dan dijauhkan daripada bencana..

Tuesday, August 2, 2011

Oredy pass!!!

Yeaah... hati gembira kerana satu kertas peperiksaan sudah lepas. Hanya ada satu sahaja lagi dan akan berakhir pada Sabtu ini. Segala beban sekurang-kurangnya menjadi lebih ringan dan tidak terlalu banyak berfikir. Dan pada 7hb August bermula sudah cuti semester saya dan akan berakhir pada 19hb September. Fuhh!!! lama juga pula kan. Saya pun tidak tahu apalah yang akan saya lakukan sepanjang berada di Kampung. Tapi apa yang penting, hati gembira sebab dekat dengan yang tersayang. Dan setiap program yang kami rancang selalu sama-sama sahaja. Hehhee... ^_^ Apa-apa pun cabaran masih ada lagi dan perjalanan masih jauh lagi untuk mencapai matlamat iaitu : berjaya dalam hidup dan juga ingin menjadi seorang guru yang berjaya. Mudah-mudahan semua impian ini dapat dicapai. 

Monday, August 1, 2011

dissapointed!!!

Saya sangat kecewa dengan beberapa perkara yang sangat penting dalam hidup saya. Rasa sakit hati pun ada juga. Bayangkanlah kalau sesuatu yang kita harap itu tidak dapat, mestilah perasaan itu sakit kan. Begitulah yang saya hadapi. Bukan apa lah tapi ini antara rancangan masa depan yang sangat penting dan telah kami rancang pada 2 bulan yang lepas dan sangat mengharap ini akan dapat berjalan dengan lancar seperti yang telah dirancang. Tapi asal bila sudah hampir harinya mesti ada sahaja halangan. Saya tahu ITU sangat PENTING sehinggakan benda ini telah ditunda. Saya BENCI MENGHARAP jika itu tidak menjadi.

Friday, July 29, 2011

Kenangan yang susah dilupakan

Pada 2 Julai 2011 saya dan juga hubby saya iaitu Danny Justin dan juga adiknya Jerome Justin telah merancang untuk pergi ke majlis perkahwinan di Sabandil. Tujuannya ialah kami cuma mahu join-join durang saja bah itu. Jadi malam dia kami mahu balik ke rumah masing-masing sudah. Sebelum lagu terakhir itu Danny bermain alat muzik yang dipanggil "tomburine" dan pada masa itu tangan dia berdarah dengan banyaknya. Hal ini seperti membawa petanda yang sangat tidak baik. Dan kami balik lah ni ke rumah. Jerome sudah dluan jalan..Saya dan hubby saya berasa sangat tidak berasa selesa dan seperti macam ada sesuatu akan berlaku. Sepanjang perjalanan tersebut kami bercerita pengalaman2 masa lalu kami. Dan sesampai si suatu tempat yang di panggil Kampung Nagapas yang berhampiran dengan selekoh ada kaca2 kereta yang kami percaya lampu kereta pecah memenuhi jalan raya. Dan kami percaya ada kemalangan berlaku. Dan ada dua kereta yang terlibat. Mula-mula kami nampak pikap dahulu... dan seperti hubby saya berkata "Eh, mcm sy kenal bah kereta" C JJ bah ni dia bilang. Kami pun bergegas menyelamatkan Jerome yang mana kereta dia terbabas ke parit. Kami tidak menyangka hal ini terjadi seteruk ini. Before saya turun, hubby saya menasihati saya agar tidak panik. Saya mengekori hubby saya dan saya cuba menghubungi Ambulans Papar namun tidak ada yang menyambutnya. Dan kelihatan banyak orang yang datang bukan datang untuk membantu tetapi sibuk bertanya siapakah dia.. saya rasa manusia2 yang datang utk melihat tidak mempunyai perasaan.Ada juga segelintir yang turut membantu mengeluarkan Jerome daripada kereta. Mujur kakinya tidak tersepit. Kelihatan tangan sebelah kanannya sangat teruk dan terlalu banyak pendarahan. Kami cepat-cepat hantar dia ke hospital dan memesan sepanjang perjalanan agar dia tidak tidur. Dalam perjalanan ke hospital saya memesan kepada Danny agar tidak terlalu kelam kabut dan dia sempat tanya sama ada perlu beitahu keluarganya tentang hal ini atau tidak. Tetapi saya bilang sampai di hospital dahulu baru kita call keluarga. Sesampai sahaja di hospital saya membuka pintu kecemasan dan hubby saya memimpin Jerome masuk ke dalam wad ICU secepat mungkin. Kelihatan di kepala dia sangat teruk. Ada bleeding dan juga koyak kulit. Kami amat bimbang melihat keadaan dia yang sangat kritikal pada masa itu. Kami menangis melihat keadaan dia begitu kerana tidak sangka macam begitu. Dan kami terus menghubungi mana-mana yang terlibat dan juga girlfren dia c Brenda yang dari KK sanggup turun ke Hosp Papar. Tapi kami sangat bersyukur kerana dia selamat sehingga kini. Cuma tangan dan kepala sahaja yang teruk. Semoga cepat sembuh Jerome. 

Saturday, June 4, 2011

Takut

wah!! Hari ini 4 Jun 2011 merupakan pertandingan Unduk Ngadau saya..sangat takut sebab sudah berapa lama sy kasi tinggal ni pertandingan... pastu sy ikut lagi balik..terpaksa kasi slim balik tu badan..ada juga la putungan badan setelah brapa minggu diet dan excercise.. sengsara juga la tapi apa buli buat..yang kin panas dia tu suda mau dekat pertandingana da lagi jerawat muncul...dei!!! di hidung lagi tu!!!! Kin tekanan pun ada...mati la...hope tu tukang mekap dapt kasi kabur-kabur... inda juga spoil nanti...

Thursday, April 21, 2011

New updated my blog

huh!! akhirnya setelah lama saya nda update tu blog sy baru skg saya bercengkang mata luas-luas2 semata-mata mau kasi santik ni blog sy ja.. So kepada semua pembaca, enjoy ur reading.. hehehe... sebarang komen, sila tinggalkan feedback sebelah kanan...

Tuesday, March 22, 2011

2011 Story

Lama uda nda update ni blog sy..paling last sy update pun kan yg 31 December 2010..taun lalu punya g tu kan.. hahaha.. Apa2pun skg taun 2011 uda... Bila masuk 2011 ni kan banyak ni cabaran dia...maklum la skg pun sy masuk semester ke-5 uda di Universiti Tun Abdul Razak.. Nex semester sy ambil major da...dan major tu sy ambil Counseling..mau jadi kaunselor kunun.. Tapi sem ini mmg sangat sibuk sampai kadang2 sy rasa stress..tambah2 apabila rakan serumah buat hal..buat sy tambah tidak selesa. Kin panas pun ada juga..ish... tapi harap dia sedar diri juga..bukan mau cari musuh...nda bagus juga bermusuh2 ni...bikin sakit ati ja tu kalau gtu... hope sangat dia sedar pada masa akan datang.. Lagipun da bagi peluang juga kan.. harap dia berubah ja la nnt.. pasti akan..