REGISTER NOW!!

Wednesday, June 30, 2010

Boring tahap Gaban!!!!!!

Hari ini, saya bangun jam 11 pagi..bangun2 saja trus p mandi..lau sy bangun awal pun bukan ada bt pa2 juga. So, pas mandi saya trus pasang lappy sy and then on facebook. Mula2 best sebab sy baca komen durang....men game lagi.... 

Lama2 sy rasa boring ni..bukan saja boring....lapar pun ada...cis!!! malas betul sy o0... sy bw kawan sy c yanie p makan...memasak la kami magie ni..hemm....kmi p ja di dapur, panas da sy nampak tu dapur..punya santik!!! bertaburan semua tu roti2..pas makan bukan durang pandai sapu..kasi biar mengampai tgu semut berbaris... BIKIN PANAS!! Yang bikin panas g, mangkuk sy berbau kana simpan sisa makanan yang busuk da...pastu periuk sy kana guna tuk durang masak pun nda pandai cuci sendiri... Pandai guna tapi nda pandai kasi bersih.... Make me hot saja.... Lama2 cepat tua la sy ni...

C momoy pun join makan juga..padahal baru bangun juga..hahahaha....siok tidur dia bilang...pas makan kami buat keja masing2..dan skg punya boring sangatttttttt!!!...xtau mau buat apa g...adeiiii..... men game pun boring.....hubyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy! ambil sy sni...huhuhuhuuuu

Wednesday, June 16, 2010

Mau buat apa?????

Pada hari ini dengan tarikh 16 June 2010, saya bangun awal..lagipun saya mau kasi bangun hubby saya setiap pagi untuk dia p mandi sebab diamau p keja. Dalam jam 8.AM dia p keja da sy p mandi la..Pas mandi saya masak dan buat OAT tuk saya sarapan pagi.. Saya masak nasi g smua. Nampaknya misi mau menguruskan badan mesti dijalankan..hehehee...

Tapi penat juga tangan ni skg berabis suru urg p kasi LIKE pic saya. Yala, mau menang contest kan so terpaksa hantar link sama semua frenlist FACEBOOK saya. Thanks all yang uda kasi like tu pic..hehehhee.....

Malam ni kami tgu wayang dengan tajuk A-TEAM di Growball Center Point KK. Saya rasa amat happy sebab dapat jalan sama dengan hubby yang tercinta. Pas ja tgu wayang tu dia hantar trus sy p ruma...Huhuhu,...nda puas berjumpa owh..

Tuesday, June 15, 2010

Jalan-jalan bersama

Hari ini, saya dengan kawan roomate saya c sarimah pigi Beverly Town kasi teman dia p interview di Seven-E. Lepas dia interview kami p kedai Milimewa membeli barang2 sambil melihat baju2...bida2 juga semua baju dia..tidak ada juga yang ngam sama sy. Lepas tu kami p kedai kaling membeli Oat tuk sarapan pagi. Kemudian kami balik ke rumah sebab xda lagi mau dibeli. 

Pada petangnya, c imah tertidur jadi saya p masak nasi dan masak lauk. Lauk kami cuma ikan masin, telur dadar ma sosej ja. Sedap juga la sebab ikan masin tu la yang menambahkan selera kami. Kecian c imah..terpaksa dikejutkan dari tidur sebab saya pun lapar uda. Kalau ditahan ni, gastrik naik cepat da. Selepas makan mengantuk pula..hehehhe

Monday, June 14, 2010

Pesta Kaamatan Peringkat HRL

Pada 21 Mei 2010 saya telah ikut satu pertandingan sempena dengan Pesta Kaamatan Peringkat Paroki HRL di Papar iaitu, pertandingan sugandoi. Pertandingan itu dijalankan pada malam Jumaat. (Saringan & Final). Sebelum pertandingan itu, saya sebenarnya sakit. Batuk-batuk yang tidak terhingga menyebabkan kahak saya berdarah. Sehari sebelum pertandingan saya berjumpa dengan DR. MARIANA untuk cek sakit saya. Sebab ada yang bilang, sakit mcm tu "TIBI". Mestilah bah saya takut. Sesudah cek, syukur ma Tuhan juga la sebab saya xda penyakit tibi..cuma batuk biasa2 saja sampai kahak saya luka. Doktor cuma bagi ubat ja..banyak juga ubat tu o0.. So, disebabkan menyanyi, saya menghadapi masalah ketika menyanyi. 


Menjelang pertandingan, seramai 6 peserta sahaja yang menyertainya. Nampaknya, pertandingan ini tidak mendapat sambutan yang baik. Pada masa itu juga saya menghadapi masalah suara. Jika saya menyanyi, maka suara saya masih ketara sakit dan batuk akan muncul semula jika tidak mengawalnya. Sampai giliran saya, saya telah mencuba sedaya upaya, namun persembahan saya menghadapi masalah suara. Saya "TERKIOK" masa itu.. Nasib nda batuk..kalau x, mesti jatuh point da tu. Saya tidak juga mengharapkan saya juara ba sebab saya cuma ikut untuk kasi ramai durang sahaja. 


Namun, tidak sangka pula saya mendapat Naib Juara. Dan ini amat tidak di sangka2 sedangkan persembahan saya tidak memuaskan. Terima kasih kepada keluarga saya kerana telah menyokong saya. Xlupa juga kepada hubby saya c Danny kerana tanpa ko, manalah sy dapat p audition. Tidak lupa juga kepada rakan2 saya c Norbert, Terry Boy, Irene, Jerome dan Cap kerana memberi sokongan padu kepada saya. Terima kasih kepada Tuhan yang Mahakuasa juga kerana dia telah membantu saya secepat mungkin untuk menyembuhkan saya dari sakit. Dan akhirnya, Wendy Wilfred dengan lagu "Ama om Apa"telah merangkul hadiah Juara dengan wang tunai RM100, sijil penyertaan, Sompoton dan CD LRX Production. Begitu juga saya di tempat Naib Johan.