
Pada 21 Mei 2010 saya telah ikut satu pertandingan sempena dengan Pesta Kaamatan Peringkat Paroki HRL di Papar iaitu, pertandingan sugandoi. Pertandingan itu dijalankan pada malam Jumaat. (Saringan & Final). Sebelum pertandingan itu, saya sebenarnya sakit. Batuk-batuk yang tidak terhingga menyebabkan kahak saya berdarah. Sehari sebelum pertandingan saya berjumpa dengan DR. MARIANA untuk cek sakit saya. Sebab ada yang bilang, sakit mcm tu "TIBI". Mestilah bah saya takut. Sesudah cek, syukur ma Tuhan juga la sebab saya xda penyakit tibi..cuma batuk biasa2 saja sampai kahak saya luka. Doktor cuma bagi ubat ja..banyak juga ubat tu o0.. So, disebabkan menyanyi, saya menghadapi masalah ketika menyanyi.
Menjelang pertandingan, seramai 6 peserta sahaja yang menyertainya. Nampaknya, pertandingan ini tidak mendapat sambutan yang baik. Pada masa itu juga saya menghadapi masalah suara. Jika saya menyanyi, maka suara saya masih ketara sakit dan batuk akan muncul semula jika tidak mengawalnya. Sampai giliran saya, saya telah mencuba sedaya upaya, namun persembahan saya menghadapi masalah suara. Saya "TERKIOK" masa itu.. Nasib nda batuk..kalau x, mesti jatuh point da tu. Saya tidak juga mengharapkan saya juara ba sebab saya cuma ikut untuk kasi ramai durang sahaja.
Namun, tidak sangka pula saya mendapat Naib Juara. Dan ini amat tidak di sangka2 sedangkan persembahan saya tidak memuaskan. Terima kasih kepada keluarga saya kerana telah menyokong saya. Xlupa juga kepada hubby saya c Danny kerana tanpa ko, manalah sy dapat p audition. Tidak lupa juga kepada rakan2 saya c Norbert, Terry Boy, Irene, Jerome dan Cap kerana memberi sokongan padu kepada saya. Terima kasih kepada Tuhan yang Mahakuasa juga kerana dia telah membantu saya secepat mungkin untuk menyembuhkan saya dari sakit. Dan akhirnya, Wendy Wilfred dengan lagu "Ama om Apa"telah merangkul hadiah Juara dengan wang tunai RM100, sijil penyertaan, Sompoton dan CD LRX Production. Begitu juga saya di tempat Naib Johan.

No comments:
Post a Comment