REGISTER NOW!!

Friday, July 29, 2011

Kenangan yang susah dilupakan

Pada 2 Julai 2011 saya dan juga hubby saya iaitu Danny Justin dan juga adiknya Jerome Justin telah merancang untuk pergi ke majlis perkahwinan di Sabandil. Tujuannya ialah kami cuma mahu join-join durang saja bah itu. Jadi malam dia kami mahu balik ke rumah masing-masing sudah. Sebelum lagu terakhir itu Danny bermain alat muzik yang dipanggil "tomburine" dan pada masa itu tangan dia berdarah dengan banyaknya. Hal ini seperti membawa petanda yang sangat tidak baik. Dan kami balik lah ni ke rumah. Jerome sudah dluan jalan..Saya dan hubby saya berasa sangat tidak berasa selesa dan seperti macam ada sesuatu akan berlaku. Sepanjang perjalanan tersebut kami bercerita pengalaman2 masa lalu kami. Dan sesampai si suatu tempat yang di panggil Kampung Nagapas yang berhampiran dengan selekoh ada kaca2 kereta yang kami percaya lampu kereta pecah memenuhi jalan raya. Dan kami percaya ada kemalangan berlaku. Dan ada dua kereta yang terlibat. Mula-mula kami nampak pikap dahulu... dan seperti hubby saya berkata "Eh, mcm sy kenal bah kereta" C JJ bah ni dia bilang. Kami pun bergegas menyelamatkan Jerome yang mana kereta dia terbabas ke parit. Kami tidak menyangka hal ini terjadi seteruk ini. Before saya turun, hubby saya menasihati saya agar tidak panik. Saya mengekori hubby saya dan saya cuba menghubungi Ambulans Papar namun tidak ada yang menyambutnya. Dan kelihatan banyak orang yang datang bukan datang untuk membantu tetapi sibuk bertanya siapakah dia.. saya rasa manusia2 yang datang utk melihat tidak mempunyai perasaan.Ada juga segelintir yang turut membantu mengeluarkan Jerome daripada kereta. Mujur kakinya tidak tersepit. Kelihatan tangan sebelah kanannya sangat teruk dan terlalu banyak pendarahan. Kami cepat-cepat hantar dia ke hospital dan memesan sepanjang perjalanan agar dia tidak tidur. Dalam perjalanan ke hospital saya memesan kepada Danny agar tidak terlalu kelam kabut dan dia sempat tanya sama ada perlu beitahu keluarganya tentang hal ini atau tidak. Tetapi saya bilang sampai di hospital dahulu baru kita call keluarga. Sesampai sahaja di hospital saya membuka pintu kecemasan dan hubby saya memimpin Jerome masuk ke dalam wad ICU secepat mungkin. Kelihatan di kepala dia sangat teruk. Ada bleeding dan juga koyak kulit. Kami amat bimbang melihat keadaan dia yang sangat kritikal pada masa itu. Kami menangis melihat keadaan dia begitu kerana tidak sangka macam begitu. Dan kami terus menghubungi mana-mana yang terlibat dan juga girlfren dia c Brenda yang dari KK sanggup turun ke Hosp Papar. Tapi kami sangat bersyukur kerana dia selamat sehingga kini. Cuma tangan dan kepala sahaja yang teruk. Semoga cepat sembuh Jerome. 

No comments:

Post a Comment