Peperiksaan semakin hampir...assignment semakin berlambak dan semakin terasa sangat tertekan melakukan semua kerja dan perlu menyelesaikan semua itu sebelum tarikh tutup penghantaran. Saya berusaha semampu yang boleh serta melakukan yang terbaik untuk mendapat keputusan yang sangat cemerlang kerana masa semakin hampir.
Tambahan pula, hubby saya semakin hari semakin lama dia bertambah sayang dengan saya. Saya sangat terharu dengan apa yang dia lakukan demi saya. Dia telah membuatkan hati saya berubah sedikit demi sedikit. Saya merasa diri saya sangat dihargai dan semakin disayangi.
Hubby saya telah membelikan tiket untuk saya menjadi pasangannya pada malam 30 oktober 2010 akan datang. Saya tidak sabar menantikan saat tersebut kerana masa sudah semakin hamipr...
Selain daripada itu, hubby saya juga selalu menyokong saya dalam melakukan pelbagai aktiviti. Kadang-kadang saya hanya mampu meluahkan perasaan itu terhadapnya. Mujurlah dia banyak menyokong saya agar saya melakukan perlahan demi perlahan.
Saya merasakan kehidupan ini semakin sangat sulit untuk saya lalui.. bukan apa, hal ini kerana saya merasa banyak sangat tanggungjawab yang harus saya laksanakan.. Kadang-kadang terlintas difikiran saya mengapa saya jadi begini? Apa yang harus saya lakukan? Namun perkara ini mungin telah ditakdirkan untuk saya. Walau apapun yang terjadi saya tetap disokong dan telah diberi semangat semaksima yang mampu. Terima kasih hubby...(Danny Justin).. Love you so much!!....

No comments:
Post a Comment